Saksi pendakwaan ke-16 kes dera melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa tertuduh pernah datang ke kliniknya bagi mendapatkan ubat rawatan akibat terkena air panas.<br /><br />Dr Rashid Khan Khan Mohamad mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.
